Pages

Powered By Blogger

Thursday 24 March 2011

Kenapa Pilih Jalan Mudah???

8.00 pm- Ana baru sahaja tengok 1 video klip bunuh diri dalam facebook, menurut kawan ana video itu di ambil petang tadi. Terdetik di hati ana... "Astagfirullahalaziim.... inikah pemuda hari ini?? pemuda yang akan menjadi pemimpin masa hadapan!! Kenapa pilih jalan mudah?? Tahukah anda... pilihan itu adalah 'tiket percuma' ke neraka. Di dunia pun menghadapi penyeksaan, di akhirat nanti lebih-lebih lagi. Beginilah hakikat sebuah negara bernama 'MALAYSIA'. Rempit...., dadah...., rasuah....., murtad....., rogol...... dan macam-macam lagi.

Terbaru ana menonton rancangan '360' yang memaparkan gejala rempit di tanah air tercinta ini. 'Samseng jalanan' ini kian berkuasa. Tiada tindakan yang diambil penduduk setempat. MENGAPA??? ini kerana golongan sebegini semakin ramai. Jika ditegur, mereka akan menyerang. Salah Siapa Gejala Ini Semakin 'Mengembang'??

Dalam rancangan lain, kenyataan dari satu badan yang menjalankan kaji selidik mengenai gejala rogol menyatakan statistik gejala ini adalah 9 kes 1 hari (9:1). Masya-Allah..... Ini kes yang dilaporkan. Bagaimana dengan kes yang tidak dilaporkan??

"Wahai Pemuda!! Wahai Pemudi!! Bangkitlah Kalian!!! Kemana Kalian Menghilang?? Kalian Tiang Negara!! Kalianlah Pemimpin Masa Hadapan!! Sedarlah... Kalian Ada Hak Bersuara"

No comments:

Post a Comment