Pages

Powered By Blogger

Tuesday 22 March 2011

Tambahkan pengetahuan anda dengan membaca buku


*I will recommend these books, It's really interesting*


1) MARIA



Synopsis

Maria adalah gadis Jerman bermazhab katolik. Mengharungi liku-liku hidup sebagai ana
k kepada ibu yang fanatik kepada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis. Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya. Pertemuannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru, Islam-Kristian-Ateis.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Hubungan antara Maria dan Abdul Wahab diuji dengan berita Salwa sebenarnya masih hidup.

Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi?

Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya??

2) WEIL CHINA



Synopsis

Kisah yang ditulis dari pengalaman sebenar Qan (bukan nama s
ebenar) seorang rakyat Turki yang tinggal di China bersama keluarganya.

" Siapa yang mampu menjadikan kami Ateis? Kami orang Islam yang berdarah Turki. Sekiranya mereka memotong urat saraf kami, akan keluar darah bangsa Turki yang berpegang teguh dengan agama Islam"

Itulah yang diungkapkan sebelum memasu
ki sekolah. Namun.... sedikit demi sedikit akidah pada diri terhakis. Penglibatan Qan dalam gerakan komumis tidak lama setelah dia sedar keburukan fahaman itu. Tetapi tidak pada abangnya yang kian bangga dengan komunisme.

Saat itu kisah hitam bermula.......


p/s:kenapa buku ini diberi nama 'weil china'??
Weil merupakan salah satu daripada nama-nama neraka.
Oleh itu 'weil china bermaksud 'neraka china'.

3) TEENAGE RAMPAGE (JENAYAH REMAJA)


Synopsis

#100% english
This is collection of true crime. It's teenage rampage. You can see how teenage these days....

p/s: this book is not from Malaysia. But it's not waste if you read it.

4) THE BROOKER



Novel Antarabangsa Terlaris

Synopsis

Joel BAckman merupakan seorang 'Brooker'. Namun hidupnya hancur tatkala urusan antara penggodam dan dirinya gagal. Tanpa pengetahuannya, dia terlibat dalam konspirasi setelah 6 tahun dipenjarakan.

Mampukah dia menyelamat diri dari konspirasi jahat itu??

No comments:

Post a Comment