Pages

Powered By Blogger

Tuesday 22 March 2011

*Memori Setahun Di Mesir*


Bahagian 1

16/10/2009-Kali pertama ana menjejakkan kaki di International Cairo Airport, air mata ana menitis.... bukan kerana rindukan keluarga tetapi ana terasa seperti mimpi ana telah sampai ke bumi barakah ini. Terasa baru sebentar tadi ana berbual dengan teman-teman Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saat itu pelbagai soalan 'menerjah' diri ana...

-"Mampukah ana berdikari disini?"
-" Mampukah ana menguasai bahasa arab?"
-" Adakah ana mampu menghadapi cabaran disini tanpa bergantung pada sesiapa?".
-" Perlukah ana bergantung pada orang lain?"

Jika ketika bersekolah dahulu ana menangis kerana seorang teman, ana nekad saat ana menjejakkan kaki di bumi mesir ini ana ingin berdikari dan sebolehnya ana tak ingin menitiskan air mata. Sebenarnya ana takut... ana lupa pada bahasa arab. 6 bulan di UIA betul-betul membuatkan ana alpa pada bahasa arab. Perasaan ana bercampur-baur. Fikiran ana entah ke mana.

Keluar sahaja dari perut kapal terbang, kami disambut oleh senior-senior dari rumah negeri Kelantan@ dikenali sebagai Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) dan wakil Persatuan Melayu Repulik Arab Mesir (PMRAM). Sebelum tu ingin ana terangkan ana dilahirkan di Kuala Terengganu dan merupakan anak jati Terengganu. Tetapi kenapa yang menjemput ana dari Kelantan?? Ini kerana sekolah terakhir ana adalah Maahad Darul Anuar Pulau Melaka, Kelantan dan segala urusan ana ke Mesir diuruskan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK). Jika ada yang bertanya kenapa tidak pergi melalui kerajaan Terengganu?? Jawapan ana.... YIK memiliki maklumat lengkap peribadi ana dan urusan melalui YIK lebih menyenangkan.

(p/s: Ana masih ingat ketika ana menjalani kursus Biro Tatanegara (BTN) untuk ke mesir, bagi ana itulah 'penyeksaan batin'. Program itu dijalankan di Terengganu dan fasilitator ana merupakan seorang yang sangat patriotik dan juga berasal dari Terengganu. Ketika memperkenalkan diri, ana dihentam... apa puncanya???. Hanya kerana ana berasal dari Terengganu tetapi memohon pergi ke Mesir melalui Kelantan. Ana menahan kemarahan ana... ana tidak berani melawan. "Argh... kenapa ana mesti berlawan mulut dengan orang tua?? ". Namun ana bersyukur akhirnya ana tiba juga ke bumi ini tanpa mengikuti BTN yang lain.)

Setelah menaiki bas dari Cairo Airport selama... ( ana tidak pasti berapa puluh minit), kami tiba di Rumah KPKM. Rumah-rumah di Mesir ini tidaklah semewah rumah di Malaysia. Kemudian kami diberi taklimat pengenalan... Ana tidak ingat satu pun taklimat yang diberi kerana setiba sahaja ana disana ana pengsan (pening naik bas). Ana tidak ingat apa yang berlaku selepas itu sehinggalah keesokkan harinya.

3 hari kami di 'kuarantin' bagi menyesuaikan diri dengan cuaca Mesir, selepas berakhirnya kuarantin tersebut kami dibawa keluar berjalan membeli barang dan menukar duit US Dollar kepada EGP Pound (RM1=LE1.80) namun rakyat Mesir menggunakan panggilan 'genih' kepada wang yang melebihi 90 khurush (90 sen).
+ (1 genih=1 ringgit, nus=50 sen, rub=25sen)+



Duit Syiling Mesir 10 khurush (10 sen)

Hari-hari yang berlalu ketika berada di Cairo/Kaherah dikejutkan dengan satu makluman. kami dimaklumkan oleh PMRAM bahawa kami akan menghadapi satu peperiksaan persediaan/Imtihan Qabul bagi kemasukan ke Universiti al-Azhar. Sebelum ini, al-Azhar tidak pernah mengenakan peperiksaan lain kepada pelajar-pelajar asing (Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dll). Imtihan Qabul diadakan bermula tahun kami- 2009. Ketika itu terdetik di hati ana..

-"Ya Allah, kenapa begitu banyak ujian yang Kau berikan padaku?"

Segera ana ketepikan perasaan itu, sesungguhnya Allah takkan memberi ujian kepada hambanya melainkan Allah tahu hambanya itu mampu menghadapinya. Dalam persiapan menghadapi peperiksaan, sedikit demi sedikit ana timba pengalaman.

Antara yang ana ingat, ana ke kedai runcit bersebelahan KPKM untuk membeli mancis tetapi ana tak tahu mancis dalam bahasa arab. Ana berlegar-legar dalam kedai itu sehinggalah tuan kedai itu bertanya:

"أَعز ايه؟" -aiz eh? (bahasa pasar mesir/ammi yang bermaksud awak nak apa?, dalam bahasa arab international/fushah: ماذا تريدين؟ maazaa turiidiin?)

Ana tercengang... ana nak cakap apa ni. Ana menjawab:
"أعزة نار لمطبخ"-Aizzah naar li mathbagh. (saya nak api untuk masak)

Ammu (pak cik) itu tersengih-sengih.... kemudian dia berkata:
"كبريك-Kibriik?"

Sekali lagi ana tercengang... ana pun menggangguk tanpa mengetahui betul @ tidak itu adalah mancis. Ammu itu mengambil mancis kemudian berkata sambil tersenyum:

"kibriik"

Ana mengambil dan terus membayar. Keluar sahaja ana dari kedai itu ana terdengar ammu tadi ketawa... "Ya Allah, malunya...."

*Imtihan Qabul*

bersambung.......

No comments:

Post a Comment